Latar Belakang

Pengurusan Tingkah Laku Dan Disiplin
oleh Berlyn Ann Paul - D20182085621

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan oleh seseorang individu. Disiplin melibatkan individu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh institusi-institusi tertentu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seseorang.

Sekolah yang kami telah lawat adalah SMK Seri Garing di Selangor. Tarikh yang kami telah melawat sekolah ini ialah pada 18 Oktober bersamaan dengan hari Jumaat.









Latar Belakang Sekolah
      Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Garing pada awalnya dikenali  dengan nama Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Rawang.
      Sekolah  ini telah dibuka pada tahun 1959 dan mempunyai sekolah rendah dan juga menangah tetapi pelajar sekolah rendah telah dipindahkan selepas bangunan baru telah dibuka di tempat lain.
      Jumlah murid seramai 2820 orang dan 167 orang guru

Latar Belakang Guru Disiplin SMK Sering Garing
Nama guru Disiplin yang kami telah menemubual adalah En. Abdul Rahim bin Mohammad dan beliau berasal dari Kedah. Beliau berumur 53 tahun dan tarah pendidikan En Rahim adalah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dan beliau telah mengambil Minor dalam Sains Sukan. En Rahim juga pernah sambung pelajaranya di UPSI pada tahun 1990-an . En Rahim juga telah bermula perkerajaan pada tahun yang sama di SMK Seri Garing dan pengalamnya dalam bidang disiplin adalah hampir 20 tahun. En Rahim telah menjadi seorang guru disiplin yang biasa dan kemudian telah di naik pangkat menjadi Guru Timbalan Ketua Disiplin dan akhirnya beliau menjadi seorang guru disiplin hamper 13 tahun. En Rahim juga  berkhidmat di sekolah yang sama dan beliau mengatakan bahawa beliau mengalami lebih banyak duka berbanding dengan suka kerana murid murid di sekolah tersebut tidak suka guru disiplin dan beliau juga mempunyai pengalaman di mana beberapa murid telah merosakkan kereta beliau dengan menumpahkan cat warna merah pada keretanya oleh sebab beliau telah mengambil tindakan disiplin pada pelajar yang sama beberapa hari sebelum kereta beliau dirosakkan. Ada juga pelajar yang ingin bergaduh dengan En Rahim dan biasanya pelajar sebegitu tidak sihat dari segi mental ( dalam pengaruh alkohol atau dadah). Selain itu, En Rahim membahagikan masa dengan rumah dan sekolah dengan amat baik. Pada hari yang biasa En Rahim akan cuba menyiapakan kerja sekolah di sekolah tetapi jika kerja berlebihan En Rahim akan membawa tugas tersebut ke rumah. Walaubagaimanapun jika kerja yang amat penting yang berkaitan dengan pihak polis beliau akan menghabiskan kerja tersebut dengan secepat mungkin. Contohnya, kes pelajar SMK Seri Garing mengambil dadah di sekolah. Pihak polis perlu mendapat laporan tersebut daripada murid tersebut melalui guru. Oleh itu En Rahim akan mengendalikan kerja tersebut dengan sebaik dan secepat mungkin.




Comments